T&C

Sila baca Terms & Conditions sblm membeli:

  • Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
  • Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.
  • Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga. Booking dibenarkan dlm mase 3 ari. Jika tiada pembayaran produk akan dijual pd org lain.
  • Al-Jannah Collections akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.
  • Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email.
  • Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM, atau secara online ke akaun CIMB Bank. Nombor akaun akan diberi selepas pengesahan pembelian dibuat.
  • Salinan slip pembayaran hendaklah diberi kepada Al-Jannah Collections melalui email. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.
  • Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh Al-Jannah Collections.
  • Semua harga yang tertera pada setiap produk adalah TIDAK termasuk kos penghantaran. Sila rujuk segmen "Kos Penghantaran" untuk mengetahui lebih lanjut tentang jumlah kos penghantaran mengikut lokasi anda.
  • Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.

No comments: